L0VE ME 0R HATE ME!!!

L0VE ME AS UR FWENS
0R
HATE ME AS UR ENEMY!!!

:p

Monday, December 15, 2008

Puisi Buat sahabat yang paling aku sayangi...

Rynn...
Seorang insan yang aku kenali tidak seberapa lama dahulu...
Namun, aku selesa bersahabat dengannya...
Malah, aku amat menyayanginya....
Rynn...
Seorang yang begitu ceria dan begitu mementingkan persahabatan di dalam sesuatu hubungan...
Tanpanya, mungkin sukar bagiku tertawa...
Tanpanya, mungkin sukar bagiku mendapat balasan persahabatan yang aku pinta dahulu...
Rynn...
Seorang insan yang dapat memahami diriku dengan baik...
Aku bangga menjadi sahabatmu Rynn...kerana aku yakin dan pasti...
Kau takkan mengecewakan diriku...
Rynn...
Kau seorang insan yang begitu baik sekali...
Insan yang tidak pernah ku jumpa sebelum ini...
Mungkin ini kurniaan allah bagi menjodohkan kita berkenalan...
Dan suatu hari nanti...aku pasti akan bertemu denganmu jua...
Kerana, aku menginginkan sahabat yang aku kenali selama ini...
Mengenali aku dengan lebih dalam berbanding di dalam teknologi terkini...
Rynn...
Aku begitu bangga dapat menemuimu...
Kerana..kau begitu jauh berbeza berbanding teman-temanku yang lain....
Kerana, kau sangat istimewa di mata sahabat-sahabat yang lain...
Rynn...
Aku berasa sangat terharu...
Kerana...kau sentiasa disisiku semasa aku ditimpa kesusahan kehidupan...
Kerana kau Rynn, aku bangkit semula...
Tanpa kau, aku mungkin masih begitu jauh untuk bangun semula...
Rynn...
Kau mengajar aku hidup dalam kegembiraan...
Supaya aku takkan sedih lagi akan kesemua masalahku....
Kau mengajar aku menghargai kehidupan....
Supaya aku tidak menyesal dalam hidup suatu hari nanti...
Rynn...
Kaulah sahabatku yang paling aku sayangi...
Kerana...di dalam sejuta di kalangan teman-temanku...
Mungkin hanya kau seorang saja yang betul-betul memahami diriku...
Rynn...
Aku mendoakan kau sentiasa bahagia di sisi orang yang kau sayang dan cinta...
Kerana aku tahu kau akan sentiasa bahagia bersama mereka...
Aku mendoakan kau sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat...
Kerana aku tahu kau tidaklah selemah seperti aku...
Rynn...
Kerana kau seorang manusia biasa sepertiku...
Aku mampu bersahabat denganmu...
Kerana kau Rynn...
Aku di sini...

Tuesday, December 9, 2008

ayat2 yg kua dr ati aq ktka aq tgh stress gle...

cinta ini memang sukar tuk di ramal
apakah cinta itu begitu sukar untuk difahami?
apakah cinta itu begitu sukar untuk dijangka?
apabila kita semakin jauh dari sisinya
semakin kita merasakan
kita mungkin akan kehilangannya

mungkin ini hanyalah mainan perasaan semata-mata
tetapi hatiku tetap bergelora
dan merasakan ketakutan dalam diriku sendiri
bukannya aku merasakan si dia menduaiku
tetapi seolah-olah aku merasakan
si dia seperti menjauhkan diri daripadaku..

adakah ini dugaan yang perlu aku tempuhi daripada-Nya?
adakah dugaan ini yang dapat menentukan aku akan bersamanya untuk selamanya???

aku begitu merasakan
detik berlalu dengan begitu cepatnya
bukan kerana aku takut menghadapi hakikat dunia
tetapi aku takut untuk meninggalkan dunia ini
lebih cepat daripada yang aku jangkakan
aku tidak pernah memilih jalan sebegini
tetapi aku harus menerimanya
jika jalan itu telah menentukan nasibku...

saban hari berganti hari
rohku seakan-akan dibawa ke tempat lain
yang hanya meninggalkan jasad di tempat yang aku diami sekarang
tetapi perlukah aku berasa
aku begitu jauh daripada orang lain???
perlukan aku berasa begitu sunyi berbanding orang lain???
yang aku inginkan
hanya teman yang aku sayang,cinta, & suka
berada di sisiku sentiasa

tetapi mengapakah begitu sukarnya
untukku menjelaskan keadaanku kepadanya???
lidahku begitu kelu dengan kata-kata ketika
berucap di hadapannya
mungkin hati aku begitu resah
mungkin hati aku tidak menginginkan
apa yang ingin aku lakukan

biarpun aku tinggal di rumah yang agak selesa didiami
tetapi aku seakan-akan berseorangan sepanjang masa
kerana aku tiada tempat mengadu
sepanjang masa aku berseorangan di rumah
masing-masing keluar mencari nafkah
untuk kehidupan keluarga & diri sendiri
tetapi aku dilarang untuk menjadi seperti mereka...
malah mereka merasakan aku tidak diperlukan &
dikongkong untuk berada di rumah sepanjang masa...
dikongkong daripada keluar bersama teman-teman...
dikongkong daripada menikmati kebebasan
yang sepatutnya aku lalui ketika remaja...

aku tidak mahu merasa bersalah pada diri sendiri
kerana aku takut kehilangan masa remajaku
dengan berasa dikongkong oleh keluargaku sendiri...

aku tidak mahu merasa menyesal
kerana aku takut tidak memperolehi kebebasan
seperti remaja lain...

aku tidak tahu sampai bila diriku mampu bertahan
kerana aku takut aku melarikan diri
daripada keadaan sebenar...
kerana aku takut diriku tidak terkawal
dan meninggalkan dunia ini
tanpa berfikir panjang...

aku juga hanyalah insan biasa...
yang hanya mampu berdoa
agar suatu hari nanti
seseorang yang bakal datang ke sisiku &
menarik aku keluar daripada kesengsaraan ini...

yang bakal memberikan apa jua yang aku inginkan
ketika aku masih remaja lagi...
aku mengharapkan agar si dia
dapat memberikan aku kebahagiaan...

aku tidak meminta kekayaan dan darjat
tetapi aku hanyalah menginginkan
diriku diberi kebahagiaan
bagi mengubah nasibku selama ini...


p/s : maafkan aku sekiranya aku meninggalkan dunia ini sebelum waktunya
maafkan aku sekiranya dosaku terhadapmu begitu bertimbun di dalam hatimu
maafkan aku sekiranya aku hanya mampu bertahan sampai di sini saja
maafkan aku sekiranya aku aku tidak dapat mencapai apa yang aku janjikan padamu dahulu...
halalkanlah segala yang aku lakukan padamu selama ini
halalkanlah segala makan minumku selama ini
ampunilah segala dosaku sekiranya aku bersalah padamu....


salam perpisahan buat selamanya...

daripada diri, hati, jiwa dan perasaanku...
Ayu